Monday, September 14, 2009

BULAN KEMERDEKAAN

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT SEKOLAH


Sempena hari penutupan Hari Kemerdekaan 53, Unit Koko SMRA REPAH telah mengadakan pertandingan koir peringkat sekolah yang bertemakan lagu patriotik. Seramai 5 kumpulan telah mengambil bahagian terdiri daripada tingkatan 1 umar, 1 abu bakar (putera), 1 abu bakar (puteri), 2 umar dan 2 abu bakar. Pertandingan telah diadakan pada pukul 2.00 petang di dewan terbuka SMRA REPAH. Pertandingan ini bertujuan memberikan kesedaran dan meningkatkan semangat Cintakan Negara bersesuaian dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Pemenang-pemenang koir peringkat sekolah adalah tempat pertama: Tingkatan 1 Umar, kedua: Tingkatan 2 Abu Bakar dan ketiga: Tingkatan 1 Abu Bakar (puteri).

0 comments:

Post a Comment