Monday, September 14, 2009

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & PERSATUAN PERINGKAT SEKOLAH



SMRA REPAH telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform dan persatuan bagi sesi 2009 pada 2,3 dan 4 Julai 2009 yang dinaungkan oleh Pengetuanya, Pn Syarifah Intan bt Syed Aziz dan dipengerusikan oleh Pn Norshuhada bt Ramli, GP Koko sekolah ini. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan pemimpin di kalangan pelajar yang berketrampilan dan berjiwa positif terutamanya di dalam organisasi. Program yang dijalankan di kawasan Gunung Datok ini terdiri daripada unit beruniform, antaranya adalah Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis dan Puteri Islam.

0 comments:

Post a Comment